BESARKAN IMPIAN KECILKAN HALANGAN

/
0 Comments
Assalam semua..apa kabar? Terima kasih sudi luangkan masa baca blog Nuzul. Lama Nuzul tak berceloteh kat blog ni kan. Anyway hari ni Nuzul teringin nak share pada korang semua perasaan Nuzul tentang perniagaan ni.

Actually bukan mudah untuk Nuzul memahami perniagaan seperti ini sebab selalu kita lihat orang buat atau dengar kata2 dari orang lain tanpa mendalami sendiri bagaimana ianya beroperasi.Nuzul suka berniaga tapi tak pernah berniaga, tak tahu nak mula, takut kalau tak jadi atau separuh jalan je. Tapi alhamdullilah sejak kenal Top Leaders Circle banyak sangat Nuzul belajar dari segi perniagaan mahupun life.

Kat sini Nuzul nak terangkan antara soalan yang selalu kita fikirkan bila nak cuba berniaga. 

1   . Takde masa, kerja penat balik lewat.
Sebenarnya bab masa ini bukan kita ni takde masa atau tak cukup masa, cuma kita tak tahu nak uruskan masa. Pengurusan masa yang betul insyallah yang susah jadi senang. Kalau dulu masa sekolah disiplin itu penting kenapa tidak sekarang kita bekerja bekeluarga amalkan disiplin. Yang ada anak lagi kena uruskan masa dengan betul. Kerja memang penat dan kerja tak pernah habis tapi sanggup ke kita bersusah bekerja seperti ini sampai kita tua? Rakan kongsi rata-rata masih bekerja tapi mereka belajar bahagikan masa mengikut rutin harian yang diberi leader, alhamdullilah business hujung jari je secara online boleh buat dimana2 pada bila2 masa. Takpe kot kalau kita susah 2/3tahun ni buat 2kerja asalkan satu hari nanti kita dapat lepaskan tekanan kerja kita dengan bekerja dari rumah tapi income seperti manager atau CEO.

2.     Tak nak pergi kelas, tak suka pergi kelas, takde masa pegi kelas
Jangan tertekan bab kelas sebab kelas tak wajib. Kelas free dan tidak wajib jadi sesiapa ada pilihan untuk pergi atau tidak. Rakan kongsi rata-rata pun luar dari KL tapi mereka tetap dapat ilmu melalui whatsapp atau online. Dan rakan kongsi di KL tak pernah dipaksa untuk ke kelas, mereka sendiri berminat dan tertarik untuk ke kelas sebab disitu terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka2 yang telah berjaya dalam business ni. Kadang2 dapat jugak tengok real testimoni. Dikelas, kami jumpa ramai yang kerja bagus2 seperti cikgu, nurse, doktor. Pelik kan kenapa dan macam mana mereka berminat dengan business ni? Bila da dengar sendiri pengalaman mereka baru kita faham kenapa business ni terlalu menarik untuk didalami.

3.     Takde orang jaga anak, tak nak tinggalkan anak
Kami pun ada anak, sayangkan anak. Siapa la yang tak sayangkan anak.Sedih nak tinggalkan tapi kita niat la yang baik2, jangan fikir bukan2. Allah ada untuk jaga anak kita. Setakat tinggalkan 2-4jam dengan keluarga atau pengasuh apasalah nya. Anak kita pun nak bermain dan bergaul dengan orang lain. Nak jugak dia explore benda baru, takkan nak duduk dengan kita je. Betul tak? Cuba tengok penceramah yang famous2 tu lagi sibuk pegi ceramah serata Malaysia, agak2 mereka ada masa dirumah tak? Kadang bila tinggalkan sekejap kita nampak anak kita lebih berdikari dan gembira. Bukan kita nak tinggalkan selama2nya kan.

Insyallah apa yang kita korbankan ni sekejap je, bila anak kita da sekolah, da faham dunia masa tu kita da stabil boleh la kita sentiasa bersama mereka.Nuzul faham sekarang gaji tak cukup untuk tampung kehidupan kita, barang makin naik harga, kita tak mampu nak ubah semua tu. Anak pula da pandai meminta, sedih tak nak kata tidak atau mak takde duit la sayang? Lagi2 kalau dia minta nak makan best2 tapi kita tengah takde duit. Sedih kan? Dengan side income je kita boleh dapat duit lebih kalau nak tunggu gaji naik memang tak cukup kalau setakat naik RM100-200 je setahun.

4.     Tak reti cakap, tak reti jual
Memang tak reti cakap lagi2 nak kena menjual, tapi dalam business ni kita just perlu cakap apa yang perlu bukan memandai je cakap. Cakap apa yang orang nak tahu dan perlu tahu je bukan nak kena cakap macam2.Dengan TLC mereka ajar kita macam mana nak pasarkan product kita melalui online. Alhamdullilah hampir 2tahun berniaga ni permintaan makin meningkat dan perniagaan makin kukuh. Yang penting kita mulakan hari ini baru la boleh nampak hasil nya.

5.     Tak nak cari orang
Nama pun berniaga kan mesti la berniaga dengan orang. Cuba pandang dari sudut positif, kita bila dapat tahu 1 berita baik kita berkongsi dengan orang lain. Tiada paksaan, terpulang pada hak individu untuk menerima atau menolak. Macam orang dengar ceramah agama la jugak, ada orang terima ada yang tidak. Pengalaman Nuzul sendiri orang zaman sekarang lebih bijak, mereka yang cari peluang, mereka yang mula bertanya dan pm Nuzul, alhamdullilah tak cari orang tapi orang cari kita. Orang yang bijak dan bertanggungjawab pada diri dan keluarga akan mencari peluang dari hanya mendengar kata-kata negetive orang lain.
6.     Malu segan
Berniaga kan sunnah Rasul, kenapa nak rasa segan. Rasullulah pun berniaga dan itu la pekerjaan yang Nabi lakukan untuk menyara keluarga Baginda. Zaman sekarang tak perlu malu sebab memang ramai orang berniaga, tapi nak berniaga apa je kita perlu bijak memilih. Macam makcik cleaner tu pun ikut kan dia malu nak kerja macam tu tapi sebab kan itu la pekerjaan yang boleh beri dia rezeki yang halal dia buat je. Ingat suka ke dia keje cleaning ni? Baik la dia duduk rumah lagi best tapi tak, itu la pekerjaan yang beri pendapatan pada dia dan keluarga. So sekarang orang da tak fikir kerja itu bagaimana tapi fikir pulangan atas pekerjaan itu. Janji tak pening tanggung hutang. Janji ada duit nak makan. Betul tak?

7.     Tak suka MLM
Bila sebut MLM apa yang korang faham? Menipu ke? Berniaga apa pun kalau ada unsur penipuan mesti la haram namanya kan. Cuba dengar ceramah Ust Azhar Idrus mesti korang lebih jelas. Sejak Nuzul dalam business networking ni baru la faham konsepnya. Kalau tak dulu just dengar dari mulut orang atau baca digoogle search. Sahih ke apa yang kita baca tu? Kalau company ni tak bagus takkan la bertahan selama 22tahun. Takkan la listed kat main board Bursa Malaysia. Takkan la masa ulang tahun company Kementerian dan Badan Berkanun sudi datang perasmian, kenapa kalau company ni menipu mereka tak diarahkan untuk tutup sahaja operasi?

Kalau nilai balik kenapa ada yang berjaya tapi ada yang tak berjaya? Mesti kita nak tahu macam mana orang tu boleh berjayakan. System perniagaan tak salah, yang sentiasa buat salah adalah sikap manusia. Kalau niat salah, maka salah la apa yang kita buat. Sejak bersama TLC, kami menjalankan perniagaan secara online franchise. Kalau KFC pun buat franchise banyak2 untuk kembangkan perniaagan nya kenapa tidak kita. Dari peniaga jadi usahawan. Orang lain berebut nak jadi taukey tapi kenapa kita nak jadi peniaga kecil sedangkan tindakan dan usaha berniaga adalah sama sahaja.

8.     Takde modal
Sebenarnya nak berniaga apa pun perlukan modal. Dengan TLC modal adalah berkonsepkan sementara, ada barang ada proses jual beli baru la dinamakan berniaga. Ini bukan system skim cepat kaya ya, kita kena usaha baru dapat apa yang kita usahakan. Kalau company besar pun buat loan untuk operate company mereka inikan pula kita kena la ada sedikit modal tak kesah berapa untuk berniagakan. Jangan patah kan impian kita hanya dengan alasan kecil. Kalau benda lain kita boleh keluarkan wang beribu ringgit tapi hasil entah kemana tapi bila berniaga kita rasa susah pulak nak keluarkan modal. Sedangkan berniaga adalah perniagaan yang mempunyai ALIRAN CASH yang tinggi.

Simple je kita perlu faham, kita ambil stok sedikit, kita promote, orang order dan bankin duit seterusnya kita deliver barang. Selamat tak? Duit masuk sebelum barang keluar. Berniaga kena bijak baru la customer puas hati dan kita pun puas hati. Dengan TLC kami akan bantu tunjukkan jalan macam mana orang lain berniaga bermodal mahupun tanpa modal. Modal yang sedikit mampu memberi peluangan yang besar kalau kita rajin. Selalu orang kita nak dapat lebih tapi taknak keluar duit atau taknak buat pape tapi nak duit?? Itu apa tu? Tak takut ke risiko nya? Anda bijak jadinya nilai la yang terbaik.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Kalau berminat untuk menjadi RAKAN KONGSI nuzul boleh la direct pm Nuzul 017-9450512 ..Nuzul pun mula dengan bertanya pada yang tahu jadi tak salah kalau korang beri peluang pada diri untuk ambil tahu macam mana Nuzul jana pendapatan dengan perniagaan ni kan.

tak pernah keluar wang besar untuk dapat wang lebih besar sebab tu tak pernah dapat Wang Besar... Rasa takut nak MULA!!!

Jadi macam mana nak dapat Wang Besar?? KENA BUANG RASA TAKUT & MULA SEKARANG !!!!


You may also like

No comments: