Jangan Takut Untuk Berubah

/
0 Comments
Assalamualaikum semua :-)

Semua orang ada impian kan???macam tu jugak saya..Sentiasa mengimpikan rumah yang besar dan selesa,kereta yang besar dan selesa,dapat menderma dan bantu orang sekeliling yang memerlukan..Dan yang paling utama,saya mengimpikan dapat membawa kedua ibu bapa mengerjakan haji di makkah..

Dulu pernah jugak terfikir,apakah aku mampu rialisasikan impian ku ini..Setiap hari,bangun pagi dan pergi kerja,balik jam 6petang kadang-kadang sampai malam..Tapi hasil yang aku dapat sama jer setiap bulan..Bayar kereta,rumah,pengasuh anak,belanja dapur dan belanja harian hanya tinggal berapa sen je gaji kan..Jadi apakah aku dapat mengubah hidupku jika aku melakukan perkara yang sama setiap hari...Aku harus berubah,akun harus buat sesuatu..

Satu hari,aku didatangi oleh 1 msj dari kawan baik ku..Mengajakku berbiznes bersamanya..Tanpa banyak tanya dan soal,aku terus menyatakan "YA"..

Aku setuju untuk berbiznes dengannya..Tanpa memberikan apa-apa alasan aku hanya ikut sahaja apa plan dan strategi yang diberi..Ya Allah mudahnya berbiznes ni bila kita follow mereka yang dah berjaya dalam bidang tu..Konsep biznes bermentor amatlah mudah..kerana kita tak perlu buat benda yang tak patut buat,kita hanya perlu tiru apa yang mereka buat..

Alhamdulillah satu persatu kejayaan kecil yang aku terima dari biznes ini..Ianya hanyalah kejayaan kecil..tapi mentor saya cakap,kita akan bermula dengan kejayaan kecil dahulu baru kita akan terima kejayaan yang lebih besar..Dan yang bestnya aku dah tak perlu bekerja keluar pagi balik malam tu..Aku dah mula bebas masa selepas aku berhenti kerja dan full time biznes ini..



Yaaaa betul..jangan takut untuk berubah..Tapi lagi takut kalau kita tak pernah mencuba untuk berubah..Yaa aku belom lagi mampu untuk merialisasikan impian ku..Tapi alhamdulillah sejak berbiznes kehidupan makin baik,anak-anak sentasa berada depan mata..Masa bersama keluarga tersayang sentiasa ada..Ekonomi keluarga alhamdulillah cukup..Aku akan teruskan usaha sampai impianku benar-benar tercapai..








Inilah sebahagian kejayaan kecilku dalam biznes ini..Aku akan teruskan usaha dan berjuang untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar..

Biznes sama juga seperti kita bekerja..Bagaimana kita komited dengan kerja,begitu jugak la kita perlu komited dengan biznes..Bayangkan segala kerja keras kita ditempat kerja tu,kita lakukannya pada biznes kita pulak..Saya percaya biznes kita akan berkembang dan akan sangat maju..Jadi,apa pun pekerjaan kita,kita harus memberikan komitmen yang tinggi..inshaaAllah kejayaan pastinya menjadi milik kita..

Doakan perjalanan dan kejayaan kiki dalam perniagaan ini ya ....





You may also like

No comments: